Kalkulator Nilai Hayat Pelanggan (Customer Lifetime Value - CLV)
 
  Apa itu Nilai Hayat Pelanggan (CLV)?
Ringkasnya, Nilai Hayat Pelanggan (CLV) mengukur potensi keuntungan bisnes anda akan perolehi dari setiap orang pelanggan.

 
  Apa Yang Anda Boleh Buat Dengan Nilai Hayat Pelanggan (CLV)?
Nilai Hayat Pelanggan (CLV) merupakan satu metrik tunggal sangat penting dalam memahami pelanggan anda. CLV membantu anda dalam membuat keputusan perniagaan penting tentang jualan, pemasaran, pembangunan produk dan sokongan pelanggan. Sebagai contoh:
  • Pemasaran: Berapa yang harus anda belanjakan untuk mendapatkan seorang pelanggan baru?
  • Produk: Bagaimana boleh anda tawarkan produk dan servis khusus untuk pelanggan-pelanggan terbaik anda?
  • Sokongan Pelanggan: Berapa harus anda belanjakan untuk melayan dan mengekalkan pelanggan?
  • Jualan: Apakah jenis pelanggan yang agen jualan harus peruntukan masa terbanyak dalam usaha mendapatkan pelanggan tersebut?
 
 
  Bagaimana Mengira Nilai Hayat Pelanggan (CLV)?
Apabila mengira CLV terdapat banyak parameter perlu dipertimbangkan berdasarkan soalan khusus yang anda mahu jawab. Oleh itu, ada banyak cara untuk mengira CLV (untuk ulasan lanjut boleh rujuk artikel kami Abdul Manaf, Ruslan & Malliga, 2011). Cara yang paling mudah untuk mengira CLV adalah untuk mengambil pendapatan yang anda peroleh dari pelanggan dan tolak wang yang dibelanjakan untuk memperoleh dan melayani mereka.

 
  Case study:
Adakah anda mengalami kesukaran dalam menentukan berapa belanja anda perlu labur dalam iklan untuk mendapatkan satu, dua, tiga, dan bahkan sepuluh pelanggan baru seminggu?

Yang perlu anda lakukan adalah memasukkan jawapan di bawah dan klik butang Calculate.
 
 
Nilai Purata Jualan Bagi Setiap Klien atau Pelanggan (ikut matawang masing-masing)
Purata Bilangan Klien/Pelanggan Membeli Dalam Setahun
Purata Bilangan Tahun Klien/Pelanggan Membeli Produk atau Servis Anda
 
Purata Nilai Hayat Seorang Klien/Pelanggan
 

Untuk kira Nilai Hayat Tahunan Pelanggan, bahagikan Purata Nilai Hayat Pelanggan dengan Bilangan Tahun.

Sekiranya perbelanjaan iklan anda kurang daripada nilai hayat pelanggan (CLV) anda, anda akan untung. Anda harus melabur dalam iklan itu.

Sebaliknya, jika anda berbelanja lebih banyak pada iklan maka anda akan kehilangan wang (rugi) dan harus mengulangi pelan pemasaran anda. Anda harus mencari strategi/kaedah pemasaran yang lebih berkesan.
========================================================


  Hubungi kami di [019-4400949] sekiranya anda ada sebarang pertanyaan!



Disediakan oleh:
Ruslan Rainis, PhD
Professor in Geoinformation Science
Registered GeoSpatialist.
Universiti Sains Malaysia
Malaysia #1 Geomarketing Guru.
http://www.autopilotprofits.com.my

 
Geomarketing Consultant
Autopilot Profits (002004020-X)
Bayan Baru
H/P: 019-4400949
Blog: http://rruslan.com

Kredit: Beberapa teks telah diekstrak dari pelbagai sumber di internet seperti http://www.customerlifetimevalue.co.