Category Archives: Nilai Pelanggan Sepanjang Hayat

Apa itu Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan (Customer Lifetime Value – CLV) ?

Pelanggan adalah jantung kepada semua jenis perniagaan. Walaupun banyak faktor boleh menyumbang kepada kejayaan anda, jika anda tidak mempunyai pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, anda tidak akan bertahan lama.

Sebab itulah sangat penting untuk memaksimumkan apa yang pelanggan bayar terhadap apa yang anda tawarkan. Bisnes yang boleh melakukan ini akan memperolehi pertumbuhan yang mampan (sustainable growth) dalam tempoh masa yang panjang.

Untuk lebih memahami berapa nilai atau keuntungan yang pelanggan boleh sumbangkan kepada syarikat, banyak organisasi telah merujuk kepada satu statistik/metriks penting iaitu Nilai  Sepanjang Hayat Pelanggan (Customer Lifetime Value – CLV).

Apakah Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan?

Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan kadangkala dirujuk sebagai Nilai Sepanjang Hayat atau Nilai Pelanggan Sepanjang Hayat. Secara umumnya, ia adalah ukuran berapa banyak keuntungan yang bisnes anda dapati daripada setiap pelanggan sepanjang hayat pelanggan tersebut. Ringkasnya, CLV mengukur keuntungan perniagaan anda dari mana-mana pelanggan tertentu.

Atribut ini amat penting sehingga banyak syarikat cuba mengira CLV secara khusus melalui Model Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan. Ada banyak cara/formula untuk kira CLV – dari mudah ke kompleks, & dari matematik asas ke kalkulus. Cara yang paling mudah untuk mengira CLV adalah untuk mengambil pendapatan yang anda peroleh dari pelanggan dan tolak wang yang dibelanjakan untuk memperoleh dan melayani mereka. Jadi, formula CLV lazimnya mengambilkira tiga faktor:

  • jumlah wang yang dijangka pelanggan akan bayar/belanjakan dalam satu pembelian
  • peluang pelanggan itu menjalankan perniagaan berulang
  • kos untuk memperoleh pelanggan itu.

Antara cara mudah mengira CLV ialah hanya mengambilkira jumlah perbelanjaan dijangkakan dari setiap pelanggan sepanjang hayatnya berurusan dengan bisnes anda seperti formula di bawah. Nilai ini kemudiannya boleh dibandingkan dengan kos memperolehi pelanggan tersebut. Sekiranya nilai CLV lebih dari kos maka usaha berkenaan menguntungkan.

Customer-Lifetime-Value-Formula Melayu

Sumber: https://easyonlinebizsolutions.com/marketing/customer-lifetime-value

Semakin tinggi Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan anda, semakin baik anda dalam kos perolehan. Nilai yang tinggi bermakna pelanggan tetap bertahan dan mengekalkan hubungan dengan anda, yang berpotensi membawa referral yang lebih ramai di masa akan datang.

Mengapa Anda Perlu Tahu Mengenai Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan (CLV)?

Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan adalah satu metrik yang paling penting untuk memahami pelanggan anda. CLV membantu anda membuat keputusan perniagaan penting mengenai jualan, pemasaran, pembangunan produk, dan sokongan pelanggan. Sebagai contoh:

Pemasaran: Berapa banyak yang perlu bisnes anda belanjakan untuk memperoleh pelanggan? Adakah bisnes anda melabur secukupnya untuk memperoleh lebih banyak pelanggan? Patutkah bisnes anda menyesuaikan harga semasa untuk menjana lebih banyak jualan atau lebih banyak keuntungan?

Pembangunan Produk: Bagaimana bisnes anda boleh menawarkan produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk pelanggan terbaik anda? Bolehkah bisnes anda mencari lebih banyak produk dan perkhidmatan untuk dijual?

Sokongan pelanggan: Berapa banyak yang perlu bisnes anda belanjakan untuk melayani dan mengekalkan pelanggan?

Penjualan: Apakah jenis pelanggan yang agent jualan harus gunakan masa terbanyak untuk perolehi pelanggan tersebut? Bolehkah bisnes anda mencari cara untuk membuat transaksi lebih kerap? Bolehkah bisnes anda mencari cara untuk mendapatkan lebih banyak rujukan daripada pelanggan yang bahagia?  (Sumber: https://www.stitchdata.com/customer-lifetime-value)

Harus diingat bahawa formula Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan bukanlah satu-satunya cara untuk mengira nilai seumur hidup sebenar pelanggan. Faktor-faktor lain boleh memainkan peranan dalam menentukan apa yang pelanggan akan belanjakan sepanjang hayat mereka.

Walau bagaimanapun, ia adalah titik permulaan yang baik, dan memikirkan cara untuk meningkatkan nilai itu akan membantu anda convert lebih banyak pelanggan.

Semakin tinggi Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan anda, semakin baik anda mengenai kos perolehan. Nilai yang tinggi bermakna pelanggan tetap bertahan dan mengekalkan hubungan dengan anda. Yang boleh menyebabkan rujukan yang konsisten bergerak ke hadapan.

Mudah-mudahan, berdasarkan maklumat yang saya berikan di atas, anda menyedari bahawa ini adalah metrik yang tidak boleh diabaikan untuk semua perniagaan. Ia amat penting untuk perniagaan kecil yang perlu memberi perhatian kepada survival mereka.

Oleh itu, saya bertanya kepada anda, adakah anda mengetahui & memantau Nilai Sepanjang Hayat Pelanggan  anda? Jika tidak, sudah tiba masanya anda bermula. Hubungi kami sekiranya anda perlukan bantuan untuk menganalisis data pelanggan yang anda ada.

Sebagai local business consultant, saya banyak menggunakan CLV ini untuk convince klien saya melabur dalam sesuatu program seperti pengiklanan atau program kesetiaan pelanggan. Oleh itu, saya telah bangunkan satu web-based calculator untuk memudahkan bakal klien mengira CLV pelanggan mereka. Kalkulator ini boleh diakses di http://rruslan.com/kiraclv

 

Sumber:

https://www.stitchdata.com/customer-lifetime-value/

https://easyonlinebizsolutions.com/marketing/customer-lifetime-value/